Tuesday, September 3, 2013

Kekecewaan

Setelah aku jaga kau dari kecik sampai sekarang, ini yang kau balas?

Tiada perkara lain selain perbuatan dan kelakuan kau yang dah sakitkan hati aku selama ni.

Kenapa kau mengejar kehebatan dunia semata-mata? Sampai aku kau tak hiraukan? Aku sayang kau, tapi kau buat aku macam sampah. Macam hamba. Hamba yang boleh disuruh-suruh, diarah-arah, dimaki hamun, dikeji seolah-olah jijik sangat di mata kau.

Jangan terlalu taasub dengan populariti kau. Kelak takut membinasakan diri.

Terlalu banyak air mata aku telah terbuang sebab kau. Hati aku sakit. Dan akan terus terluka.

Terima kasih, Assalamualaikum.

0 comments: